Wednesday, July 16, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum, Selamat datang ke laman web Radio Ham Papa Tenggo, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Papa Tengo adalah singkatan dari Padang Terap (PT). Padang Terap adalah sebuah daerah yang luas di mana pekan kecilnya adalah Kuala Nerang. QTH Padang Terap, berhampiran dengan Durian Burung, iaitu sebuah kawasan yang sedang dalam pembangunan bandar baru yang bersempadan dengan Thailand (HS9). Kelab Radio HAM Papa Tengo baru ditubuhkan di awal tahun 2008 dengan keahlian seramai 14 orang yang telah memiliki Callsign dari MCMC. 13 orang ahli telah lulus dalam peperiksaan RAE pada bulan November 2007 dan seorang lagi adalah rakan senior. Ucapan berbanyak terima kasih kepada 9W2PKK dan 9W2JRI dari Pusat Ko-Kurikulum, Singkir yang menyusun atur kelas untuk membimbing rakan-rakan Radio HAM Papa Tengo menduduki Peperiksaan RAE sehingga berjaya. Tak lupa juga kepada Cikgu Lan 9M2AGC selaku Fasilitator yang memberi ilmu sepanjang kursus dijalankan, 3 hari 2 malam. Segala ilmu yang diberikan akan membawa manafaat dan rahmat dari ALLAH s.w.t. Insya ALLAH Usia masih muda, dan memerlukan banyak tunjuk ajar dari rakan-rakan senior Radio HAM yang lain, dan sedia menerima teguran yang membina dalam radio Amatur.
Rakan baru yang lulus peperiksaan RAE April 2008 seramai 6 orang, tahniah untuk semua rakan baru Radio HAM Padang Terap (Papa Tengo).
( Penemuan rakan baru, tetapi telah memiliki sayap sejak tahun 2005 - 9W2SWZ)