Wednesday, July 16, 2008

Aktiviti


Oleh kerana usia masih muda, tidak banyak aktiviti yang dapat dijakankan, lagi pun dana kelab Radio HAM Papa Tengo masih kekosongan. Insya ALLAH dengan berjalannya usaha dan komitmen yang padu oleh ahli-ahli untuk memberi sumbangan yuran untuk membesar dan memperkukuhkan lagi empayar Kelab Radio HAM Papa Tengo ini, akan bertambah dan berkembang lagi sayap Radio HAM Papa Tengo.

Namum begitu sempat juga aktiviti dijalankan dengan serba kekurangan setakat ini, antaranya ialah :

1. Membuat antenna Slim Gim. Terima kasih banyak-banyak kepada Tuan Haji Mohd Khir (9W2OOL) dari Perlis yang berkesudian memberi tunjuk ajar untuk membuat anttena tersebut sehinggalah siap dan boleh diguna pakai. Mudah-mudahan usaha dan ilmu yang diberikan itu akan mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t. dan diberi ganjaran yang tidak terhingga. Insya ALLAH. Terima kasih juga kepada Cikgu Mohd Iqbal (9W2MIS) yang bersusah payah menyediakan makanan dan minuman pada hari tersebut, pulut durian dan cucur jagung kegemaran Cikgu Fauzi (9W2MRG).

2. Mengadakan kursus RAE. Kursus untuk rakan-rakan baru untuk menduduki peperiksaan pada 24 Jun 2008. Terima kasih diucapkan kepada Abdul Aziz Emby (Pak Aziz - 9W2AZE) dan Cikgu Abu Hassan (9W2DOT) yang sudi melapangkan masa untuk mengendalikan kursus tersebut. Mudah-mudahan usaha anda berdua akan mendapat ganjaran dan rahmat dari ALLAH. Insya ALLAH. Terima kasih juga kepada semua rakan Radio HAM Papa Tengo yang memberi apa jua sumbangan bagi menjayakan kursus tersebut.

3. Hari keluarga. Hari keluarga dapat dijalankan pada hari Selasa 15 Julai 2008, di Lata Mengkuang, Bendang Man, Sik. Seramai 7 keluarga yang dapat hadir, tahniah dan terima kasih kepada semua keluarga yang dapat hadir pada hari tersebut. Ahli-ahli yang lain tidak dapat hadir kerana ada yang keuzuran dan ada tugasan yang lebih penting. Terima kasih kepada semua ahli yang memberi sumbangan pada hari tersebut yang berupa wang ringgit, makanan, tenaga, masa dan komitmen yang tinggi. Terima kasih juga kepada 9W2KKK dan SWAL ANL (Fakhrul - Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat, UUM) yang sudi turut serta dalam program tersebut dan sudi menjamah makanan tengahari bersama nasi gulai ayam katek serta ulam petai bakar.
Informasi Terkini
Semua rakan Radio HAM Papa Tengo diharap dapat melapangkan waktu untuk satu program 4 x 4 yang akan diadakan di Kuala Nerang pada 29/05/09 hingga 31/05/09 ( 3 hari ) bersama Dato' Syed Sobri.

Kelab Radio HAM Padang Terap (Papa Tengo) akan menyertai Aktiviti Kokurikulum (Perkhemahan Unit-Unit Beruniform NGO) Daerah Padang Terap pada 13, 14 dan 15 November 2008. Diharap semua rakan radio HAM Papa Tengo yang berkelapangan untuk menyertai aktiviti tersebut dapat memaklumkan kepada Pengerusi atau Setiausaha secepat mungkin untuk penyusunan masa untuk bertugas sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.